Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA ayat kursi BERJAYA MENCAPAI 91 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

71  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0591.
Dari Jarir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk-duduk dekat Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau menengok ke bulan purnama, lalu beliau bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan mu kelak seperti melihat bulan purnama ini, tanpa ada yang menghalangi untuk melihatnya. Kerana itu janganlah kamu lalaikan solat sebelum matahari terbit (solat Subuh) dan solat sebelum matahari terbenam (Asar). Kemudian Jarir membacakan ayat: "Wasabbih bihamdi rabbika qabla thulu'isy syamsi wa ghurubiha." (Thaha:130)

72  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1437.
Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya, 'Uwaimir Al 'Ajlani datang kepada 'Ashim bin 'Adi Al Anshari, lalu dia bertanya: "Bagaimana pendapat anda hai 'Ashim, seandainya seorang lelaki mendapati isterinya berbuat serong dengan lelaki lain, bolehkah dia membunuh lelaki itu? Kalau si suami itu membunuh, mungkin pula dia akan terbunuh; apa yang barus dilakukan si suami itu? Tolonglah tanyakan masalah itu kepada Rasulullah saw., hai 'Ashim!" Lalu 'Ashim menanyakannya kepada Rasulullah saw. Tetapi beliau benci mendengar pertanyaan seperti itu, bahkan beliau mencelanya, sehingga 'Ashim merasa kurang senang terhadap celaan beliau itu, Ketika 'Ashim pulang kembali, 'Uwaimir tiba pula di rumah 'Ashim, lalu dia bertanya, "Hai, 'Asrum! Bagaimana sabda Rasulullah saw. kepadamu?" Jawab 'Ashim kepada 'Uwaimir, "Hal itu tidak mendatangkan kebaikan bagi ku. Rasulullah saw. benci mendengar pertanyaanku." Kata 'Uwaimir, "Demi Allah! Aku tidak akan berhenti sebelum masalah itu ku tanyakan langsung kepada Rasulullah saw." Lalu 'Uwaimir pergi menemui Rasulullah saw. Didapatinya beliau sedang (mengadakan dakwah) di tengah-tengah orang ramai. Kata 'Uwaimir, "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Anda jika seorang suami mendapati isterinya berbuat serong dengan lelaki lain; bolehkah dia membunuh lelaki itu, sedangkan dia mungkin pula terbunuh. Apa yang harus diperbuatnya?" Jawab Rasulullah saw., "Memang, telah turun ayat mengenai kes isteri mu itu. Jemputlah dia dan bawa ke sini." Di tengah-tengah orang banyak, di hadapan Rasulullah saw., kedua-duanya saling menuduh dan mengutuk. Setelah keduanya selesai saling tuduh dan mengutuk, maka berkata 'Uwaimir, "Jika aku masih tetap bersama dia, bererti aku memfitnahnya." Kerana itu 'Uwaimir menceraikan isterinya tiga kali (talak tiga), sebelum disuruh Rasulullah saw." Kata Ibnu Syihab, "Begitulah caranya menyelesaikan kes suami isteri yang saling tuduh."

73  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0762.
Dari Ibnu Mas'ud. r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Alangkah janggalnya seseorang berkata: Aku lupa surah ini dan itu, atau aku lupa ayat ini dan itu. Jangan-jangan dia betul-betul dilupakan Allah."

74  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0350.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidak sempurna solat, melainkan dengan membaca bacaan (ayat)." Kata Abu Hurairah, "Kerana itu, apa yang dibacanya nyaring, kami baca pula nyaring kepada mu. Dan apa yang dibacanya perlahan, kami baca pula perlahan kepada mu."

75  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1728.
Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. membakar dan menebang pohon kurma Bani Nadhir di Buwairah. Lalu Allah menurunkan ayat: "Setiap pohon kurma yang kamu tebang, atau kamu biarkan tegak di atas pokoknya, semuanya itu adalah dengan izin Allah, kerana Allah hendak memberikan pembalasan kepada orang-orang yang jahat." (Al Hasyr, 59: 5).

76  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2289.
Dari Abdullah bin Amr r.a. katanya: "Pada suatu hari aku bangun pagi-pagi pergi ke tempat Rasulullah saw. Maka terdengar suara dua orang lelaki berdebat mengenai sebuah ayat. Kerana itu Rasulullah saw. keluar mendatangi kami. Di wajah beliau terlihat tanda kemarahan. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya umat yang sebelum kamu mendapat celaka kerana mereka berselisih mengenai Kitab Allah."

77  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0975.
Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: "Kami diperintahkan Rasulullah saw. supaya bersedekah, sedangkan kami hanya sebagai pekerja kasar, atau kuli. Namun Abu 'Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak membutuhkan sedekah ini dan itu. Dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riak semata-mata." Kerana ucapan mereka itu, maka turunlah ayat:, "(Orang-orang munafik, yaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dengan seksa yang pedih. " (At-Taubah : 79).

78  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1398.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Setelah selesai peperangan Hunain, Rasulullah saw. mengirim pasukan ke Authas. Mereka bertemu dengan musuh dan segera bertempur. Mereka dapat memenangkan pertempuran itu dan berhasil menawan musuh, termasuk di antaranya tawanan-tawanan wanita. Para sahabat Rasulullah saw. berkeberatan menggauli wanita tawanan (sahaya) mereka, kerana mereka punya suami orang-orang musyrik. Sehubungan dengan kes tersebut Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat sebagai berikut: "Dan di haramkan bagi kamu mengahwini wanita-wanita bersuami, kecuali sahaya-sahaya yang kamu miliki. (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu (An Nisa' : 24). Ertinya, mereka halal bagi mu setelah 'iddah mereka habis."

79  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1197.
Dari Mutharrif r.a., bahawasanya 'Imran bin Hushain berkata kepadanya, "Akan ku sampaikan kepada mu sebuah hadis, semoga ia bermanfaat bagi mu. Iaitu, bahawasanya Rasulullah saw. pernah menggabungkan umrah dengan haji dan mengerjakannya sekaligus. Kemudian beliau tidak pernah melarang yang demikian sampai beliau meninggal. Sedangkan ayat yang melarang demikian pun tidak pernah turun."

80  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1729.
Dari Mush'ab ibnu Sa'ad r.a., dari bapanya, katanya: "Bapaku, Sa'ad, mengambil sebuah pedang dari seperlima bahagian harta rampasan perang (yang telah dikhususkan untuk Nabi saw. Lalu pedang itu dibawanya ke hadapan Nabi saw.), seraya berkata, "Berilah aku pedang ini, ya Rasulullah!" Tetapi Nabi saw. enggan hendak memberikannya kepada Sa'ad. Maka diturunkan Allah ayat: "Mereka meminta kepada mu, hai Muhammad, harta rampasan perang. Katakanlah kepada mereka, rampasan perang itu untuk Allah dan Rasul-Nya." (Al Anfal, 8 : 1).